Tuesday, April 22, 2008

nota ekonomi tg.5

FUNGSI BANK PERDAGANGAN
MENERIMA SIMPANAN / DEPOSIT
MEMBERI PINJAMAN
MEMBUAT DAN MENERIMA BAYARAN
MENGURUS PERTUKARAN ASING
PERKHIDMATAN LAIN –seperti khidmat nasihat kewangan , peti simpanan keselmatan , pemegang amanah.

1) MENERIMA SIMPANAN / DEPOSIT
Terdapat 3 jenis simpanan / deposit:
o Deposit tabungan :
o Simpanan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.
o Menerima kadar faedah yang rendah
o Boleh mengeluarkan wang dengan mesin ATM.

o Deposit semasa:
o Simpanan yang membenarkan pelanggan menggunakan kemudahan pembayaran cek.
o Penyimpan boleh mendapat kemudahan overdraf.
o Dikenakan caj perkhidmatan (tiada dibayar faedah)

o Deposit tetap:
a. Simpanan untuk tempoh tertentu.(1,3,6,9 dan 12 bulan)
b. Memberi kadar faedah yang lebih tinggi (lebih lama disimpan , lebih tinggi kadar faedah) –mengikut tempoh matang.

2) MEMBERI PINJAMAN
Tiga bentuk pinjaman oleh bank perdagangan:
o Kemudahan overdraf:
i. Kebenaran mengeluarkan wang lebih drp baki di dalam akaun semasa.
ii. Kadar faedah harian & dikira drp jumlah pengeluaran lebihan wang .

o Pinjaman:
3 bentuk pinjaman:
a. Pinjaman bercagar:
o Pinjaman untuk membeli harta tetap spt rumah.
o Perlu mencagar aset tetap spt geran tanah.

b. Pinjaman persendirian:
o Pinjaman kepada individu dalam tempoh 6 bulan hingga 3 tahun.
o Pinjaman berasaskan dokumen peribadi dan keupayaan pembayaran balik pinjaman.

c. Kad kredit:
o Pemilik kad kredit membayar harga sesuatu barang secara hutang dengan kad kreditnya.
o Bank perdagangan menjelaskan perbelanjaan pemegang kad kredit. / pemegang kad kredit mendapat pinjaman terus drp bank perdagangan.

o Mendiskaunkan bil-bil pertukaran
o Menunaikan bil di kaunter bank perdagangan / bank membeli bil pada harga yang lebih rendah drp nilai muka bil.

3. MEMBUAT DAN MENERIMA BAYARAN
1) Sistem Cek:
a) Membuat bayaran:
i) Arahan pemegang akaun semasa kpd bank,
ii) membayar wang tunai kepada penerima cek berkenaan.

b) Menerima bayaran:
i) Agen penerima bayaran bagi pihak pemilik cek,
ii) Cek diterima akan dimasukkan ke dalam akaun pendeposit.

2) Arahan kepada bank:
a) Perintah sedia ada:
i) Arahan pendeposit kpd bank untuk membuat bayaran tetap yang berulang pada tarikh yang ditetapkan.
ii) Contoh bayar sewa.

b) Debit langsung:
i) Arahan kpd bank untuk melakukan pembayaran secara berulang tetapi jumlah pembayaran adalah berbeza.
ii) Membayar bil-bil spt bil elektrik.

c) Pindahan kredit:
i) Arahan pembayaran terus dikreditkan ke dalam akaun penerima.
ii) Membayar gaji pekerja.

d) Draf bank:
i) Cek yang dikeluarkan oleh bank perdagangan atas permintaan pelanggan.
ii) Pembayaran /kirim wang dalam / luar negeri.

e) Kad kredit:
i) Arahan pemilik kad kredit kpd bank perdagangan untuk melakukan pembayaran ke atas perbelanjaan dengan menggunakan kad kredit.


f) Kad juruwang elektronik (ATM) , teleperbankan dan internet:
i) Membolehkan pelanggan bank menjalankan pelbagai urusan perbankan secara elektronik.
ii) Contoh keluarkan wang dengan mesin ATM.

4. MENGURUS PERTUKARAN ASING.
o Bank perdagangan membeli mata wang asing pada harga lebih rendah dan menjualnya pada harga lebih tinggi.

5. PERKHIDMATAN LAIN (Nyatakan):
i) Peti simpanan keselamatan: - menyimpan dokumen penting dan barang berharga.
ii) Khidmat nasihat dan perundingan:- perundingan pelaburan dan perniagaan.
iii) Pemegang amanah:- menguruskan wang / harta pelanggan mengikut amanah pelanggannya.
iv) Mengeluarkan cek kembara:- cek dalam nilai mata wang asing untuk pelancong yang ingin ke luar negeri.

KONSEP SKIM PERBANKAN ISLAM (SPI)
o Mengharamkan faedah tetapi membenarkan aktiviti mencari keuntungan.
o Konsep / prinsip syariat Islam:
a. Wadiah
b. Mudharabah
c. Murabahah
d. Musyarakah
e. Bai Bithaman Ajil
f. Bai At Takjiri

1) Wadiah (Pemegang amanah):
a) Amanah (deposit) yang diserahkan kpd bank utk disimpan dengan selamat.
b) Pulangan ikut budi bicara bank.
c) Contoh : deposit semasa dan tabungan.

2) Mudharabah (perkongsian untung):
a) Perjanjian perkongsian untung (kadar dipersetujui bersama),
b) Antara pemilik modal (pendeposit) dengan pihak yang akan membuat pelaburan (bank).
c) Contoh : Akaun pelaburan Am.

3) Murabahah (harga jualan ditambah margin untung):
a) Penjualan barang melebihi harga belian kerana ditambah magin untung.
b) Harga tersebut dipersetujui kedua-dua pihak (bank & pembeli)
c) Contoh : surat kemudahan kredit.



4) Musyarakah (perkongsian menjalankan perniagaan) :
a) Pembiayaan perniagaan secara usaha sama ,
b) Untung dan rugi akan dikongsi bersama pada kadar yang ditetapkan.

5) Bai Bithaman Ajil (jualan secara ansuran) :
a) Penjualan semula sesuatu barang pada harga yang lebih tinggi,
b) Tetapi pembayaran dilakukan secara ansuran.
c) Pinjaman pembelian rumah.

6) Bai At Takjiri (Pindah milik harta sewa):
a) Harta yang disewa boleh dipindah milik secara kekal.
b) Sewa yang telah dibayar dikira sebagai sebahagian drp harga untuk memiliki aset yang disewakan.
c) Contoh: pengilang menyewa sebuah mesin.
































FUNGSI BANK PUSAT
Empat fungsi:
o Mengeluarkan mata wang
o Mengawal kestabilan nilai mata wang
o Jurubank kepada kerajaan
o Jurubank kepada bank perdagangan

1) Mengeluarkan mata wang
a) Diberi kuasa mencetak dan mengeluarkan duit syiling dan wang kertas Negara,
b) Memastikan bekalan wang Negara mencukupi(bergantung kepada keadaan ekonomi).

2) Mengawal kestabilan nilai mata wang
a) Mewujudkan sandaran minimum (80.59% setiap unit wang – rizab emas / pertukaran asing.)
b) Campurtangan dalam pasaran pertukaran asing (menjual / membeli pertukaran asing utk mempengaruhi RM di pasaran pertukaran asing)
c) Mengawal inflasi – dengan alat-alat dasar kewangan.

3) Jurubank kepada kerajaan
a) Mentadbir akaun kerajaan
i) Menerima deposit seperti cukai dan hasil-hasil lain kerajaan,
ii) Membuat pembayaran bagi jabatan-jabatan kerajaan dengan mengeluarkan cek.
b) Mengurus hutang Negara.
i) Bertanggungjawab memperoleh pinjaman bagi pihak kerajaan dari sumber dalam dan luar negeri,
ii) Mengeluar dan menjual bil-bil perbendaharaan / surat jaminan kerajaan / sijil pelaburan.

c) Memberi pendahuluan sementara
i) Apabila kerajaan mengalami keadaan perbelanjaan yang melebihi hasilnya / kekurangan kewangan

d) Mengurus pertukaran asing
i) Tujuannya bagi menjamin kestabilan nilai mata wang Negara di pasaran pertukaran asing.

e) Memberi nasihat pelaburan
i) Mengkaji dan seterusnya memberi nasihat tentang projek pelaburan kerajaan yang hendak dilakukan di luar Negara.

4) Jurubank kepada bank perdagangan
a) Mengawal nisbah rizab berkanun dan nisbah rizab tunai
i) Mengawal kuasa memberi pinjaman oleh bank perdagangan kpd pelanggan.

b) Menyelaraskan hutang
i) Menyelaraskan cek antara bank perdagangan melalui rumah penjelasan yang disediakan oleh bank pusat.

c) Sumber pinjaman terakhir.
i) Jika bank perdagangan gagal memperolehi sumber kewangan lain,
ii) Bank-bank perdagangan menghadapi masalah kekurangan tunai utk memenuhi permintaan pelanggan /jaga nama baik bank.


CARA-CARA BANK PUSAT MENGAWAL INFLASI DAN KEMELESETAN EKONOMI.
Bank Pusat sentiasa mempastikan wujudnya kestabilan kewangan dan mengawal ekonomi Negara.
Ketidakstabilan ekonomi – apb wujud sama ada inflasi atau kemelesetan ekonomi.

Inflasi :
Terlalu banyak wang dalam pasaran
Pertambahan permintaan
Tingkat harga umum meningkat

Kemelesetan ekonomi:
Kekurangan wang dalam pasaran
Permintaan barang dalam pasaran berkurangan.
Ekonomi lembap.

o Cara bank pusat kawal kegiatan ekonomi / alat dasar kewangan Negara:
o Kadar Rizab tunai
o Kadar Rizab berkanun
o Kadar faedah.
o Jual beli surat jaminan kerajaan
o Kawalan syarat sewa beli.




1) Kadar rizab tunai
a) Ialah sejumlah wang tunai yang mesti disimpan oleh bank perdagangan berdasarkan jumlah deposit diterima.
b) Untuk membayar tunai apb pelanggan menuntut wang masing-masing.
i) Mengawal inflasi - menaikkan kadar rizab tunai _______ keupayaan bank memberi pinjaman jatuh ___________ jumlah pinjaman berkurangan __________ penawaran wang di pasaran jatuh ___________ permintaan jatuh ________ inflasi terkawal .


ii) Mengawal kemelesetan – mengurangkan kadar rizab tunai _________ keupayaan bank memberi pinjaman meningkat _________ jumlah pinjaman meningkat _______ penawaran wang bertambah _____________ permintaan meningkat _______________kemelesetan ekonomi dipulihkan.

2) Kadar rizab berkanun
a) Simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat berdasarkan jumlah deposit.
i) Mengawal inflasi - menaikkan kadar rizab berkanun _______ keupayaan bank memberi pinjaman jatuh ___________ jumlah pinjaman berkurangan __________ penawaran wang di pasaran jatuh ___________ permintaan jatuh ________ inflasi terkawal .


ii) Mengawal kemelesetan – mengurangkan kadar rizab berkanun _________ keupayaan bank memberi pinjaman meningkat _________ jumlah pinjaman meningkat _______ penawaran wang bertambah _____________ permintaan meningkat _______________kemelesetan ekonomi dipulihkan.

3) Kadar faedah
a) Mengawal kadar faedah pinjaman utk kawal kegiatan ekonomi.
i) Mengawal inflasi – menaikkan kadar faedah pinjaman _____________ kos /beban pinjaman meningkat ___________ jumlah pinjaman berkurangan __________ permintaan barang berkurangan _____________ inflasi berjaya dikawal.
ii) Mengawal kemelesetan – menurunkan kadar faedah pinjaman _____________ kos /beban pinjaman menurun ___________ jumlah pinjaman bertambah __________ permintaan barang meningkat _____________ kemelesetan dipulihkan.






4) Jual beli surat jaminan kerajaan
a) Pinjaman jangkapanjang di mana jangkamasa matang lebih dari setahun.
i) Semasa inflasi – menjual surat jaminan kerajaan__________ penawaran wang dalam ekonomi berkurangan ___________ kuasa beli rendah ____________ permintaan barangan berkurangan _________ inflasi berjaya dikawal.
ii) Semasa kemelesetan – membeli surat jaminan kerajaan__________ penawaran wang dalam ekonomi bertambah ___________ kuasa beli meningkat ____________ permintaan barangan bertambah _________ kemelesetan dipulihkan.


5) Kawalan syarat sewa beli
a) Jumlah pinjaman maksimum dan tempoh bayaran balik pinjaman / tempoh kredit yg dibenarka oleh Institusi kewangan dg kawalan Bank Negara.
i) Semasa inflasi – ketatkan syarat sewa beli ________mengurangkan jumlah pinjaman maksimum / memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman __________ keupayaan pengguna berbelanja jatuh _________permintaan barangan merosot _____________ inflasi terkawal.
ii) Semasa kemelesetan – longgarkan syarat sewa beli ________menaikkan jumlah pinjaman maksimum / memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman __________ keupayaan pengguna berbelanja bertambah ________permintaan barangan meningkat _____________ kemelesetan ekonomi dapat dipulihkan..





















INSTITUSI KEWANGAN BUKAN BANK
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Syarikat Insurans
Lembaga Tabung Haji (LTH)
Bank Simpanan Nasional (BSN)

SYARIKAT INSURANS
Menjalankan perkhidmatan perlindungan risiko kpd pemegang polisi drp risiko-risiko yang boleh diinsuranskan.
1) Syarikat insurans konvensional
a) Tertakluk kpd Akta insurans 1963,
b) Terbahagi kpd 2 jenis – Insurans nyawa & insurans am,
c) Insurans nyawa membayar pampasan kpd waris pemegang polisi apb berlaku kematian / keilatan.
d) Insurans am memberi perlindungan kewangan yang tidak melibatkan risiko kehilangan nyawa.
e) Fungsi syarikat insurans:
i) Penggerak tabungan orang ramai
ii) Melaburkan dana dlm surat jaminan kerajaan & sekuriti korporat.
iii) Memberi pinjaman kpd pemegang polisi insurans nyawa.
f) Contoh: ____________________________________________________


2) Syarikat Takaful (syarikat Insurans Islam)
a) Dibawah Akta Takaful 1984,
b) Penubuhan Majlis Pengawasan Syariah.
c) Menggunakan prinsip Al-Takaful (tolong menolong) , Mudharabah (perkongsian untung) , Al-Tabbaru’ (derma )
d) Dua jenis produk:
i) Takaful Am - perlindungan harta benda.
ii) Takaful Keluarga – perlidungan drp kematian & keilatan ,kesihatan & kemalangan.
e) Contoh: ____________________________________________________

BANK SIMPANAN NASIONAL
Ditubuhkan oleh kerajaan tahun 1974 di bawah akta parlimen (badan berkanun)
Tujuan penubuhan BSN:
a. Memupuk dan menggerakkan tabungan golongan bependapatan rendah dan sederhana.
b. Menanam tabiat berjimat cermat dan manabung.
c. Menggunakan dana bank sebagai pelaburan utk pembangunan ekonomi Negara.
d. Menyediakan kemudahan menyimpan wang kpd orang ramai.



o Antara perkhidmatan BSN:
o Menerima deposit – deposit tetap & tabungan.
o Menjual sijil simpanan premium- pemegang sijil menerima faedah dan hadiah cabutan bertuah.
o Perkhidmatan kad juruwang elektronik (ATM)
o Memberi pinjaman – beli ASB ,perumahan , pendidikan dan perniagaan keci-kecilan.
o Menjual Amanah Saham BSN.



LEMBAGA TABUNG HAJI
Ditubuhkan di bawah Akta 535 Akta Tabung Haji 1995.
Tujuan LTH ditubuhkan:
a. Membolehkan orang Islam menabung beransur-ansur utk perbelanjaan menunaikan fardhu haji / perbelanjaan bermanfaat.
b. Membolehkan orang Islam mengambil bahagian yang lebih berkesan dlm bidang penanaman modal secara halal.
c. Memberi perlindungan , kemudahan dan kebajikan utk jemaah haji .
o Menerima simpanan drp bakal haji & bertanggungjawab menguruskan deposit.

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
o Mengendalikan skim simpanan wajib dan menjaga kebajikan sosialnya selepas persaraan.
o Fungsi KWSP:
o Menjamin masa depan pekerja selepas bersara.
o Memberi pinjaman kepada kerajaan melalui pembelian surat jaminan kerajaan.
o Menyediakan kemudahan kpd ahli untuk membeli rumah.
o Menggerakkan tabungan di kalangan pekerja.












FUNGSI INSTITUSI KEAWANGAN BUKAN BANK.
Menerima deposit
Menggalakkan tabungan
Menggalakkan pelaburan
Sumber kewangan kepada pasaran modal Negara.

1) Menerima deposit
a) Akaun tabungan dan akaun tetap
i) Disediakan oleh BSN.

b) Premium insurans
i) Dibayar oleh pemegang polisi insurans nyawa.

c) Akaun simpanan tabung haji
i) Simpanan umat Islam utk membiayai perbelanjaan semasa menunaikan haji & tujuan lain yang bermanfaat.

d) Caruman pekerja
i) Deposit dalam bentuk caruman pekerja dan majikan untuk masa depan pekerja selepas bersara.

2) Menggalakkan tabungan
a) Perkhidmatan wang yang selamat.
i) Jaminan kerajaan menyebabkan masyarakat yakin menabung di IKBB.

b) Pulangan yang menguntungkan.
i) Pendeposit menerima faedah / dividen spt dari BSN / LTH.

c) Pengeluaran dan pembayaran
i) Memudahkan pengeluaran wang melalui mesn ATM / pembayaran melalui telaperbankan.

d) Cawangan yang banyak
i) Memudahkan masyarakat berurusan dengan IKBB.

3) Menggalakkan pelaburan
a) Pinjaman kepada masyarakat
i) IKBB spt BSN menawarkan pelbagai bentuk pinjaman bagi menggalakkan kegiatan pelaburan.
b) Melaksanakan pelbagai projek pelaburan .
i) Ada IKBB melabur dalam bidang hartanah, pembinaan dan infrastruktur.
ii) LTH melakukan pelaburan yang halal.
c) Menyalurkan tabungan untuk pelaburan IKBB memberi pinjaman kepada kerajaan dan swasta untuk membiayai pelaburan / pembangunan Negara.

4) Sumber kewangan kepadapasaran modal Negara.
a) IKBB ialah sumber kewangan kpd sektor swasta dengan melabur spt sekuriti hutang korporat (bon korporat & debenture)
b) Menyumbang modal kpd kerajaan melalui pembelian sekuriti kerajaan.
SUMBANGAN INSTITUSI KEWANGAN BUKAN BANK TERHADAP EKONOMI NEGARA MALAYSIA
o Menggalakkan pelaburan
o Menggalakkan tabungan
o Meningkatkan gunatenaga
o Mengawal kestabilan ekonomi
o Mengurangkan pinjaman luar Negara

1) Menggalakkan pelaburan
a) Membiayai projek pelaburan yang menguntungkan & pembangunan negara.

2) Menggalakkan tabungan
a) Membolehkan individu membuat pinjaman atau mengeluarkan simpanan spt utk membina rumah dll. / membiayai projek pembangunan yang dijalankan.

3) Meningkatkan guna Tenaga
a) Mewujudkan banyak peluang pekerjaan kpd penduduk ,
b) Meningkatkan taraf hidup penduduk .

4) Mengawal kestabilan ekonomi
a) Mengawal inflasi dan kemelesetan menjadi ekonomi Negara stabil.

5) Mengurangkan pinjaman luar Negara
a) Kerajaan tidak bergantung kpd hutang luar Negara ,
b) Mengurangkan pengaliran mata wang ke luar Negara.




Disediakan oleh,
Hj.Zainal Sudin
Guru Cemerlang Ekonomi
SMK.Kuala Kubu Bharu
Kuala Kubu Bharu.

No comments: